Pages

Bisnes 2017 'MedinaBrand''



Akhirnya..mulakan dengan permulaan yang kecil, then kembangkan hingga berjaya.
Semoga bisnes babynest dari #medinabrand akan menjadi bisnes yang meletop la lepas ni.

Tidak mudah dan tidak juga susah, hanya dengan kuasa tindakan anda mampu mengubah setiap langkah. Berbekalkan semangat yang ingin mencuba, buat..dan terus buat. Inilah hasilnya.

Setahun bersama MEDINA Brand


Assalamualaikum..

Tahun 2016 membuka lembaran baru, sebab tahun ni anak pun dah bertambah-tambah. Alhamdulillah rezeki seorang lagi puteri anak ke4 mommy, alhamdulillah membesar dengan sihat. Tahun ini memberi cabaran baru, bisnes yang semakin berkembang. Semoga setiap cabaran dapat mematangkan usia MEDINA BRAND. Alhamdulillah, setahun berlalu..

Semoga bisnes babynest membuka peluang yang lebih baik untuk tahun ini dan tahun-tahun mendatang. Mana mungkin kejayaan semudah abc, semahunya dari belajar merangkak, bertatih, berjalan lantas pecut berlari. Semoga Medina Brand membuka lembaran baru buat mommy mengorak langkah hingga ke puncaknya.

Bagi orang-orang berjaya, pantang bagi mereka jika kita sematkan rasa susahnya nak berbisnes jika bersama anak kecil!! Ini kerana, sebab anak kecik inilah kita mula mencari jalan untuk lebih maju ke depan. Itu cerita mommy la, harap mommy2 lain pun sama. Jadikan anak sebagai lonjakan untuk terus mara ke depan.

Apapun ini coretan sambil melayan babynest dan jahitan-jahitan simple untuk malam ini.

Sekian, mommy Lini
Medina Brand
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page